Kursus JU Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan
Rabu, Ogos 19, 2009 | Author: Mohd Ikmal Izwan bin Rosli
Salam Muallim...

Ketika mengendalikan kelas tasmik pada waktu tengahari, saya dihubungi oleh Ustaz Zamri, Penolong Pengarah Bahasa Arab Selangor dan Ustaz Khairiel Mukhtar,
Penolong Pengarah Bahasa Arab Melaka. Mereka meminta saya rakaman video 'Ta'allum Ta'awuni' yang di hasilkan oleh Dr. Muhammad Uqlah, ketua tenaga pengajar semasa kami berkursus di Oman. Kami bersetuju untuk bertemu di Restoran Ikan Bakar Jeram pada pukul 9 malam.

Pada awalnya saya hanya menjangkakan hanya kami bertiga sahaja yang akan berjumpa, namun anggapan saya meleset. Rupa-rupanya ada majlis makan malam yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum kepada pegawai-pegawai SPI seluruh negara. Mereka semua mengenakan baju formal batik
sedangkan saya hanya memakai pakaian santai sahaja. Kaget saya seketika!

Namun begitu saya berkesempatan berjumpa semula dengan pegawai j-QAF yang turut sama ke Oman seperti Ustaz Esibi dan Ustaz Lutfi. Turut sama pada malam itu adalah Ustazah Faseha, Penolong Pengarah Bahasa Arab BPI. Malangnya Ustaz Khairiel dan Ustaz Zamri tidak dapat hadir sama. Thumb drive yang saya minta mereka berikan kepada Ustaz Wan Yusuf, pegawai j-QAF Selangor untuk di'copy'. Orang lain yang berjanji, orang lain pula yang datang!

Beberapa maklumat juga saya dapat ketika bersembang bersama mereka terutama daripada Ustazah Faseha. Jika tiada aral InsyaAllah Kursus JU Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada pertengahan bulan September di Hotel Gold Course, Klang. Ustazah Faseha memaklumkan bahawa setiap negeri akan menghantar seramai 4 JU Bahasa Arab ke Kursus tersebut yang mana salah seorang daripadanya mestilah peserta kursus di Oman. Sebab itulah mereka meminta saya video tersebut kerana ia akan digunakan semasa kursus itu nanti.

Jadi kesimpulan saya, kemungkinan besar Kursus Bahasa Arab peringkat negeri juga akan diadakan pada tahun ini selepas berakhirnya kursus peringkat kebangsaan. Jadi kepada sahabat-sahabat guru Bahasa Arab, selamat menghadiri kursus jika ada surat panggilan.

Khusus sahabat Min Nahnu li nahnu nahnu fakat jer, tidak sabar rasanya hendak berjumpa dengan anda semua. Bolehlah kita 'pekena' ikan bakar Selangor pulak, sup kambing pun boleh tahan disini. Paling kurangpun masa balik nanti dapat merasa cendol pun jadila. Jangan ada yang tertinggal flight lagi sudah!


|
This entry was posted on Rabu, Ogos 19, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: