j-QAF ke Sekolah Pendidikan Khas
Selasa, Ogos 04, 2009 | Author: Mohd Ikmal Izwan bin Rosli
Salam Muallim…

Sepanjang bersama Bahagian Pembangunan Pendidikan (BPK) selama dua bulan dalam menyiapkan modul latih tubi Bahasa Arab Tahun 6, saya be
rpeluang bertemu ramai individu-individu hebat dalam bidang Bahasa Arab sekolah rendah. Diantaranya adalah Al-Fadhil Ustaz Suyuti. Beliau salah seorang daripada golongan ‘As-Sabiqun Al-Awwalun’ atau pengasas yang terlibat dalam menghasilkan Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Sekolah Rendah sejak ia mula diperkenalkan lagi. Sekarang beliau bertugas sebagai Pegawai Pendidikan Khas untuk Pendidikan Islam dan bahasa Arab.


Kesempatan bersama beliau saya gunakan untuk mengetahui lebih mendalam mengenai bidang tugas beliau. Secara amnya beliau bertanggungjawab terhadap menyediakan bahan pendidikan Islam untuk golongan OKU dan latihan kepada guru-guru yang terlibat. Beliau juga ada memberitahu saya bahawa pada tahun depan insyaAllah program j-QAF akan diluaskan lagi kepada sekolah-sekolah pendidikan khas pula. Pengambilan guru untuk mengajar murid-murid khas juga sudah dilakukan sejak tahun lepas dan mereka sedang mengikuti latihan di Institut Perguruan Khas di Cheras. Oleh itu Bahagian Pendidikan Islam telah mengamanahkan kepada beliau untuk menghasilkan kod Braile jawi untuk digunapakai pada tahun hadapan. Insya Allah beliau sedang merancang untuk menghasilkan modul bahasa isyarat untuk murid pekak dan bisu pula. Di sini saya attachekan asas kod Braile untuk tatapan bersama:


:



Besar harapan saya selepas terlaksananya program ini agar kita dapat lahirkan barisan ulama’ yang hebat dari golongan OKU yang saya kira amat jarang ditemui di negara ini. Jangan terkejut jika anak-anak OKU akan datang lebih hebat bacaan Al-Qurannya daripada anak anak yang normal!
|
This entry was posted on Selasa, Ogos 04, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On 5 Ogos 2009 pada 6:57 PTG , miorjqaf berkata...

Baguslah boleh belajar membaca jawi dgn braille. Teringat masa belajar di Jordan dulu ada seorang mahasiswi Arab yg membaca al-Quran dgn tulisan braille. Betul dan sedap pulak tu! Subhanallah.