Bertugas di luar sekolah
Khamis, Jun 25, 2009 | Author: Mohd Ikmal Izwan bin Rosli

Alhamdulillah...akhirnya kembali ke sekolah jua setelah tiga hari di GSV Resort, Port Dickson. Terasa sangatlah lama bermesyuarat di sana, sehingga kerinduan kepada sekolah amatlah terasa. Saya amat kasihan kepada anak-anak murid saya jika dapat surat panggilan, kerana merekalah mangsa keadaan. Sudahlah ke Oman selama sebulan sebelum cuti pertengahan tahun lepas, buka sahaja sekolah saya sudah mendapat panggilan. Sudah dua kali saya keluar sekolah; satu bersama Bahagian Pembangunan Kurikulum dan satu lagi bersama Jabatan Pelajaran Selangor. Dalam tempoh bermesyuarat itupun, saya sudah mendapat dua lagi panggilan daripada BPK dan Lembaga Peperiksaan. Bermakna jika tiada aral, dua minggu akan datang pun saya dijangka akan tiada di sekolah!

Saya akur dengan keadaan yang ada, dan saya juga mengerti situasi ini akan sentiasa berulang tatkala menerima undangan
menjadi Jurulatih Utama Bahasa Arab dua tahun lepas. Saya akur tanggungjawab kepada sekolah adalah tanggungjawab utama dan core-bussiness saya sebagai seorang guru, walaupun saya berbesar hati menerima undangan kursus, bengkel, mesyuarat dan sebagainya samada daripada PPD, JPN, mahupun KPM. Saya juga mengerti resah gelisah guru sekolah saya tatkala mendapat kertas relief." Asyik-asyik relief Ustaz Ikmal sahaja"!.Justeru saya mesti lakukan sesuatu untuk mengimbangi tuntutan dan tanggungjawab saya samada di sekolah mahupun di luar sekolah.

Saya tidak bermasalah jika waktu ketiadaan saya di sekolah adalah waktu Pendidikan Islam, kerana sekurang-kurangnya akan ada
seorang guru di kelas tersebut. Tak apalah daripada tiada kan!. Namun begitu jika waktunya adalah Bahasa Arab, saya akan berhadapan dengan masalah. Pertama bukan semua guru yang ada boleh mengajar Bahasa Arab. Kadang-kadang anak murid kita lebih memahami Bahasa Arab berbanding sesetangah guru yang lain. Saya tidaklah menyalahkan mereka kerana matapelajaran Bahasa Arab pun baru diperkenalkan sepuluh tahun yang lepas. Kesimpulannya, bile relief matapelajaran Bahasa Arab selalunya P&P Bahasa Arab tidak akan berlaku.

Antara cadangan penyelesaian yang saya fikirkan adalah mengadakan kelas tambahan di luar waktu kelas. sebenarnya hendak menyebut kelas tambahan pun rasaya tak sesuai, kerana saya hanya mengganti kelas yang saya tidak dapat hadir, bukannya menambah waktu saya bersama murida saya. Mungkin bolehlah saya namakan kelas tambahan kerana tambahan waktu kelas yang dibuat di luar jadual waktu. Oleh itu Saya sudah memohon keizinan daripada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan untuk melaksanakannya pada hari Ahad ini insyaAllah untuk kelas Tahun 4M.

Walaubagaimanapun saya tidak meyakini semua murid saya akan hadir ke kelas itu. Saya memahami situasi keluarga mereka yang
sudah mempunyai aktiviti mereka sendiri pada hari tersebut. Oleh itu alternatif kedua pula adalah bertukar waktu saya bersama guru yang lain. Saya sudah mengenalpasti beberapa orang guru yang boleh bertukar waktu suka sama suka bila saya tiada di sekolah nanti, terutamanya pada waktu Isnin dan Selasa yang mana hari itulah saya mengajar Bahasa Arab di sekolah berbanding hari lain.Cadangan ini lebih baik, kerana tidak perlu dibuat diluar waktu dan kehadiran murid lebih baik. Yang paling penting GPK tidak perlu menyediakan relief dan guru pun tidak merungut mendapat relief.Win-win situatuion!

Besar harapan agar anak-anak murid saya dapat mempelajari Bahasa Arab dalam kesibukan saya bekerja di luar. Anda bagaimana?
|
This entry was posted on Khamis, Jun 25, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: