Kasih Makhluk Allah
Jumaat, Ogos 28, 2009 | Author: Mohd Ikmal Izwan bin Rosli
Salam Muallim...

Lazimnya guru kita adalah manusia. Daripada mereka kita mengambil ilmu, hikmah dan pengajaran untuk panduan dalam kehidupan. Boleh jadi setiap manusia adalah guru kita; samada kita mengambil ilmunya secara sengaja ataupun tidak, samada mereka sedar mahupun tidak. Tetapi bukan semua guru terdiri daripada manusia. Alam sekililng, tumbuhan dan haiwan juga Allah jadikan di dunia sebagai 'tuan guru' kepada manusia. Jika direnung dan difikir, kadang-kadang terbit rasa malu lantaran alam yang tidak beraqal ini lebih mulia akhlak dan perangainya berbanding manusia yang bertamadun.

Di kesempatan ini saya ingin berkongsi satu klip video yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan kita. Semoga pelajaran yang diambil daripada video ini menginsafkan kita yang sebagai seorang 'manusia'.




Ehsan : Facebook Pa&Ma
http://www.facebook.com/home.php?#/majalahpama?ref=nf
Apabila sesiapa sahaja boleh bercakap tentang Islam
Khamis, Ogos 27, 2009 | Author: Mohd Ikmal Izwan bin Rosli



Salam Muallim...

Islam adalah Ad-Deen. Ad-Deen bermakna cara hidup. Apabila Islam merupakan Ad-Deen, setiap inci dan saat kehidupan manusia terikat dengan Islam. Ini kerana Islam ada tatacara, disiplin, akhlak dan peraturannya yang tersendiri. Manusia yang mengaku beragama Islam, wajib patuh dan taat dengan 'Perlembagaan' ini.

'Perlembagaan' ini Allah S.W.T sendiri yang kanunkan. Ia bukan rekaan pemimpin, wakil rakyat, ahli politik, wartawan, NGO, dan lain-lain jenis manusia di dunia ini. Tugas manusia adalah 'memahami' seterusnya melaksanakannya dalam kehidupan mereka.

Soalnya siapa yang nak bagi faham Perlembagaan Allah ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah Rasulullah S.A.W sendiri. Bagindalah qudwah suri tauladan yang menjadi tok guru umat manusia. Bila Rasulullah wafat, tugas ini disambung oleh para alim ulama' sehingga akhir zaman. Kenapa pula Ulama'? kerana mereka ada manhaj,disiplin dan akhlak dalam menyampaikan ilmu. Bila ada disiplin, dipimpin pula dengan akhlak Islam pandangan mereka tidak akan tersasar daripada syariat. Bukankah Ulama' itu pewaris nabi?

Namun bila semua jenis manusia berlagak pandai memberikan pandangan hukum Islam terhadap satu isu dan perkara, maka kita akan dapati pandangan mereka ini sangat bahaya. Porak peranda Islam dibuatnya!

Mulanya saya tidaklah berminat sangat memberikan komentar mengenai kes Kartika Sari Dewi Shukarno. Cukuplah pandangan beberapa ulama' boleh dijadikan rujukan seperti komentar dan kenyataan Dato Seri Harussani Zakaria, Mufti Perak yang boleh dijadikan panduan dan iktibar. Tetapi artikel yang ditulis oleh Saudari Norhayati Kaprawi
menyentak hati nurani saya sebagai orang Islam. Sangat malang sekali seseorang berlagak pandai seperti doktor pakar memberikan nasihat kedoktoran dengan penuh keyakinan sedangkan dia hanya pencuci lantai hospital sahaja!

Islam bukan ikan masak asam pedas, kalau kurang masin tambah garam, kalau kurang pedas tambah cili, kalau kurang masam tambah asam!

Janganlah pula bila disebut sebatan, anda membayangkan sebatan yang dikenakan terhadap pesalah sivil di penjara. Islam meraikan keadaan pesalah dari sudut kesihatan, manakala hukuman dijalankan dalam keadaan pesalah menutup aurat. Tempat yang disebat pula banyak, bukan tertumpu pada satu tempat sahaja. Usahkan nak melibas, nak angkat ketiak pun jangan!

Apabila ia bersabitan dengan nas, ia adalah aspek yang wajib dilaksanakan oleh pengikut agamanya, kerana ia bersangkut paut dengan hubungan manusia dengan Allah, dosa pahala dan pembalasan di Akhirat. Jika kita berpandu kepada hukum had keatas peminum arak, Mazhab Syafie telah menetapkan jumlah sebatan sebanyak 80 kali manakala mazhab lain hanya 40 kali sahaja bersandarkan beberapa hadith Rasulullah dan perbuatan para sahabat.

Oleh itu janganlah kita macam ayam berak kapur apabila menyentuh hukum Islam. Hukuman yang dikenakan dalam kes ini pun hanyalah 10% daripada undang-undang Islam sebenar. Dek kerana takutkan CNN, persatuan hak asasi manusia, dan barat kita memberikan pandangan yang kononnya boleh menyejukkan hati mereka. Seperti komen Dato Seri Harussani "Sepatutnya kesalahan arak dihukum 80 kali, kalau setakat 6 kali, apa yang hendak diriuhkan?"


Ramadhan Kareem
Jumaat, Ogos 21, 2009 | Author: Mohd Ikmal Izwan bin Rosli


Salam Muallim…

Beberapa jam lagi kita akan menyambut kedatangan bulan yang paling agung iaiu bulan Ramadhan. Suka untuk saya lontarkan satu persoalan untuk diri saya dan rakan rakan semua “Adakah anda gembira dengan kehadiran Ramadhan?”

Saya yakin ramai umat Islam bergembira dengan kehadiran Ramadhan. Namun persepsi dan tafsiran ‘gembira’ manusia terhadap Ramadhan adalah berbeza-beza, Boleh jadi dengan rasa gembira ia menambahkan dan melipatgandakan pahala mereka.

Ada yang bergembira dengan kedatangan bulan Ramadhan seperti pungguk merindukan bulan, bak Majnun merindukan Laila. Mereka rasa happy dengan Ibadah puasa yang dilakukan, enjoy dengan Solat Tarawih dan Tadarus di masjid dan surau ,feel good bangkit malam menunggu Lailatul Qadar . Alangkah indahnya hidup kita bila kita ada mood sedemikian.Mudah-mudahan kita berada di dalam golongan ini InsyaAllah.


Tetapi harus beringat,bukan semua rasa gembira terhadap Ramadhan membawa pahala. Boleh jadi rasa gembira itu bukan sahaja mengurangkan pahala, malah bertambah lagi dosa! Hadith Nabi S.A.W :


عن أبي هريرة قال: قال النبي(ص): كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ


Daripada Abu Hurairah R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda “Berapa ramai daripada kamu yang berpuasa melainkan hanya mendapat lapar dan dahaga..”

Hadith Marfu’ Riwayat Ahmad

Mungkin 'seronok’nya peniaga pasar Ramadhan dek kerana untung masyuknya berganda-ganda. Niaga sebulan makan setahun! Boleh jadi si penjahit baju senyum lebar dengan tempahan yang tidak menang tangan. Maklumlah masing-masing mahu melaram pada Hari Raya nanti.

Yang membeli, yang makan gaji, ‘gembira’nya mereka kerana inilah peluang ‘merebut’ barang-barang yang hanya wujud sebulan sekali. Kalaulah ada bonus semasa pembentangan belanjawan nanti, ditambah pula dengan jualan Mega Sales di sana sini, pasti sakan raya nanti.

Kanak-kanak pula usah ditanya betapa gembiranya mereka, kerana mereka sendiri sudah mempunyai agenda di malam kala, ditambah lagi cuti sekolah menjelang tiba. Pastinya ada yang menyalahgunakan ‘lesen’ bertarawikh di Masjid dengan melakukan aktiviti sampingan seperti bermain mercun, mencuba menunggang motosikal dan seribu macam program menjelma.

Mereka semua bergembira dengan kehadiran Ramadhan, namun adakah itu yang dimaksudkan oleh Rasulullah?

Maaf, saya bukan berniat menghina sesiapa. Bukan semua manusia begitu rupa, ramai lagi manusia yang tidak bersifat sebegitu rupa di luar sana. Saya hanya mengambil beberapa contoh sahaja sebagai panduan dan iktibar, untuk diri saya terutamanya.

Pokoknya, jika setakat itu sahaja kegembiraan kita, maka Ramadhan kita tidak membawa sebarang makna. Justeru saya menyeru diri saya sendiri dan pengunjung semua untuk sama-sama menginsafi bahawa Ramadhan adalah medan untuk kita memperbaharui diri, memperbanyakkan amal seterusnya mendekatkan diri kepada Allah. Perbaharui niat, pasakkan hajat untuk menjadikan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbaik dalam sejarah hidup kita. Barulah berbaloi-baloi berhari raya nanti!
Kursus JU Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan
Rabu, Ogos 19, 2009 | Author: Mohd Ikmal Izwan bin Rosli
Salam Muallim...

Ketika mengendalikan kelas tasmik pada waktu tengahari, saya dihubungi oleh Ustaz Zamri, Penolong Pengarah Bahasa Arab Selangor dan Ustaz Khairiel Mukhtar,
Penolong Pengarah Bahasa Arab Melaka. Mereka meminta saya rakaman video 'Ta'allum Ta'awuni' yang di hasilkan oleh Dr. Muhammad Uqlah, ketua tenaga pengajar semasa kami berkursus di Oman. Kami bersetuju untuk bertemu di Restoran Ikan Bakar Jeram pada pukul 9 malam.

Pada awalnya saya hanya menjangkakan hanya kami bertiga sahaja yang akan berjumpa, namun anggapan saya meleset. Rupa-rupanya ada majlis makan malam yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum kepada pegawai-pegawai SPI seluruh negara. Mereka semua mengenakan baju formal batik
sedangkan saya hanya memakai pakaian santai sahaja. Kaget saya seketika!

Namun begitu saya berkesempatan berjumpa semula dengan pegawai j-QAF yang turut sama ke Oman seperti Ustaz Esibi dan Ustaz Lutfi. Turut sama pada malam itu adalah Ustazah Faseha, Penolong Pengarah Bahasa Arab BPI. Malangnya Ustaz Khairiel dan Ustaz Zamri tidak dapat hadir sama. Thumb drive yang saya minta mereka berikan kepada Ustaz Wan Yusuf, pegawai j-QAF Selangor untuk di'copy'. Orang lain yang berjanji, orang lain pula yang datang!

Beberapa maklumat juga saya dapat ketika bersembang bersama mereka terutama daripada Ustazah Faseha. Jika tiada aral InsyaAllah Kursus JU Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada pertengahan bulan September di Hotel Gold Course, Klang. Ustazah Faseha memaklumkan bahawa setiap negeri akan menghantar seramai 4 JU Bahasa Arab ke Kursus tersebut yang mana salah seorang daripadanya mestilah peserta kursus di Oman. Sebab itulah mereka meminta saya video tersebut kerana ia akan digunakan semasa kursus itu nanti.

Jadi kesimpulan saya, kemungkinan besar Kursus Bahasa Arab peringkat negeri juga akan diadakan pada tahun ini selepas berakhirnya kursus peringkat kebangsaan. Jadi kepada sahabat-sahabat guru Bahasa Arab, selamat menghadiri kursus jika ada surat panggilan.

Khusus sahabat Min Nahnu li nahnu nahnu fakat jer, tidak sabar rasanya hendak berjumpa dengan anda semua. Bolehlah kita 'pekena' ikan bakar Selangor pulak, sup kambing pun boleh tahan disini. Paling kurangpun masa balik nanti dapat merasa cendol pun jadila. Jangan ada yang tertinggal flight lagi sudah!


Al-Fatihah atas pemergian Ustaz Asri Rabbani
Khamis, Ogos 13, 2009 | Author: Mohd Ikmal Izwan bin Rosli


Alfatihah...

Pemergian Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, yang meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung amat dirasai oleh semua pencinta nasyid. Almarhum dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Saya masih teringat kenangan bersama beliau dan Rabbani tatkala bersama kumpulan Soutul Mujahideen semasa di KISAS sedekat lepas. Kami pernah berlatih di bawah kendalian beliau, berurusan membeli alat-alat percussion daripada syarikat beliau dan 'beraksi' bersama ketika mengadakan pertunjukan pentas suatu ketika dahulu.

Kini 'Peti Suara Ummah' sudah pergi tidak kembali lagi menghadap Ilahi. Semoga Ruhnya tergolong dalam golongan yang beriman dan beramal soleh. Ameen!




H1N1 : Munajatlah kepada Yang Maha Esa
Selasa, Ogos 11, 2009 | Author: Mohd Ikmal Izwan bin Rosli


Salam Muallim...

Kala ini wabak H1N1 menyerang hebat negara kita. Justeru tiada penawar yang lebih mujarab selain daripada memohon kepada Allah Yang Maha Esa. InsyaA
llah pada malam Jumaat ini disamping memohon kecemerlangan UPSR, kami telah mengambil inisiatif mengadakan solat sunat hajat di Dewan Sekolah dengan di hadiri oleh murid, ibubapa dan guru seterusnya berdoa bagi memohon kesejahteraan dan keafiatan dan bebas dari wabak atau virus H1N1 yang kini semakin menular dan merebak. Dalam sehari dua ini juga InsyaAllah kami akan mengedarkan doa pelindung / keselematan daripada wabak ini kepada semua kelas dan murid untuk dibaca setiap pagi hari persekolahan.

Oleh itu eloklah kalau kita semua dapat mengambil langkah pro aktif untuk menyemarakkan program Solat Hajat ini termasuklah penganjurannya samada di sekolah, masjid atau surau-surau di seluruh negara .

Kepada Allah kita mengadu dan mohon pertolongan . Serta kita menasihatkan supaya semua umat Islam menghindarkan diri dari perbuatan maksiat dan mungkar yang memungkinkan Allah menurunkan bala siksaannya ke atas kita atau paling tidak , Allah tidak lagi mendengar permohonan kita . Hindarkan Maksiat dan dekatkan diri kepada Allah!

Di kesempatan ini ingin saya berkon
gsi doa tersebut untuk para pengunjung sekalian :

1.
2.





3.
Ehsan : 1. http://yusofembong.blogspot.com
2. http://jomfaham.blogspot.com
j-QAF ke Sekolah Pendidikan Khas
Selasa, Ogos 04, 2009 | Author: Mohd Ikmal Izwan bin Rosli
Salam Muallim…

Sepanjang bersama Bahagian Pembangunan Pendidikan (BPK) selama dua bulan dalam menyiapkan modul latih tubi Bahasa Arab Tahun 6, saya be
rpeluang bertemu ramai individu-individu hebat dalam bidang Bahasa Arab sekolah rendah. Diantaranya adalah Al-Fadhil Ustaz Suyuti. Beliau salah seorang daripada golongan ‘As-Sabiqun Al-Awwalun’ atau pengasas yang terlibat dalam menghasilkan Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Sekolah Rendah sejak ia mula diperkenalkan lagi. Sekarang beliau bertugas sebagai Pegawai Pendidikan Khas untuk Pendidikan Islam dan bahasa Arab.


Kesempatan bersama beliau saya gunakan untuk mengetahui lebih mendalam mengenai bidang tugas beliau. Secara amnya beliau bertanggungjawab terhadap menyediakan bahan pendidikan Islam untuk golongan OKU dan latihan kepada guru-guru yang terlibat. Beliau juga ada memberitahu saya bahawa pada tahun depan insyaAllah program j-QAF akan diluaskan lagi kepada sekolah-sekolah pendidikan khas pula. Pengambilan guru untuk mengajar murid-murid khas juga sudah dilakukan sejak tahun lepas dan mereka sedang mengikuti latihan di Institut Perguruan Khas di Cheras. Oleh itu Bahagian Pendidikan Islam telah mengamanahkan kepada beliau untuk menghasilkan kod Braile jawi untuk digunapakai pada tahun hadapan. Insya Allah beliau sedang merancang untuk menghasilkan modul bahasa isyarat untuk murid pekak dan bisu pula. Di sini saya attachekan asas kod Braile untuk tatapan bersama:


:



Besar harapan saya selepas terlaksananya program ini agar kita dapat lahirkan barisan ulama’ yang hebat dari golongan OKU yang saya kira amat jarang ditemui di negara ini. Jangan terkejut jika anak-anak OKU akan datang lebih hebat bacaan Al-Qurannya daripada anak anak yang normal!