
Salam Muallim...
Kala ini wabak H1N1 menyerang hebat negara kita. Justeru tiada penawar yang lebih mujarab selain daripada memohon kepada Allah Yang Maha Esa. InsyaAllah pada malam Jumaat ini disamping memohon kecemerlangan UPSR, kami telah mengambil inisiatif mengadakan solat sunat hajat di Dewan Sekolah dengan di hadiri oleh murid, ibubapa dan guru seterusnya berdoa bagi memohon kesejahteraan dan keafiatan dan bebas dari wabak atau virus H1N1 yang kini semakin menular dan merebak. Dalam sehari dua ini juga InsyaAllah kami akan mengedarkan doa pelindung / keselematan daripada wabak ini kepada semua kelas dan murid untuk dibaca setiap pagi hari persekolahan.
Oleh itu eloklah kalau kita semua dapat mengambil langkah pro aktif untuk menyemarakkan program Solat Hajat ini termasuklah penganjurannya samada di sekolah, masjid atau surau-surau di seluruh negara .
Di kesempatan ini ingin saya berkongsi doa tersebut untuk para pengunjung sekalian :

1.

2.

3.

Ehsan : 1. http://yusofembong.blogspot.com
2. http://jomfaham.blogspot.com
0 comments: