Mari Mengajar Cara Nabi Mengajar : Siri 1
Sabtu, Julai 04, 2009 | Author: Mohd Ikmal Izwan bin Rosli
Sekadar gambar hiasan


RASULULLAH S.A.W MENGAJAR DENGAN SUARA YANG NYARING DAN MENGULANG TIGA KALI


Salam Muallim…

Entri kalini suka saya mengajak diri saya sendiri dan sahabat-sahabat sekalian untuk melihat beberapa sunnah yang boleh kita praktikkan ketika mengajar di dalam kelas. Di bawah ini saya petik 2 hadith Rasulullah S.A.W :


عن عائشة رضي الله عنها قالت :


مَا كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَسْرُدُ سَرْدَكُمْ هَذَا وَلَكِنَّهُ كَانَ يَتَكَلَّمُ بِكَلاَمٍ بَيِّنْ


فَصْلٍ، يَحْفَظُهُ مَنْ جَلَسَ إِلَيهِ – الشمائل 221 (وفي الجامع: بينه فصل)


(الترميذي 3572) قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح.


Daripada Saidatina Aishah, katanya :

Tidaklah Baginda bercakap tergopoh-gapah seperti percakapan kamu akan tetapi Baginda bercakap dengan jelas dan teratur, sehingga orang yang duduk bersama Baginda ( d dalami majlis) boleh mengingati (perkataan yang diungkapkan oleh Baginda)


عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال :


كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يُعِيدُ الْكَلِمَةَ ثَلاَثًا لِتُعْقَلَ عَنْهُ.


(الشمائل 222. وهو في جامعه برقم 3573-قال أبو عيسى: هذا خسن صحيح غريب)


Daripada Sayyidina Anas bin Malik beliau berkata :

Rasulullah S.A.W sentiasa mengulangi satu perkataan yang diucapkannya sebanyak tiga kali agar mudah di fahami.



Hadith diatas merupakan beberapa contoh suri tauladan yang baik oleh Rasulullah S.A.W sebagai seorang ‘cikgu’. Antaranya apabila Baginda mengajar, suaranya sentiasa jelas, terang dan nyata. Baginda tidak pernah tergopoh gapah sehingga para sahabat tidak memahami apa yang dituturkan oleh Baginda . Para sahabat yang belajar di dalam kelas Baginda pula mampu mengingati satu demi satu kalam baginda, menunjukkan hebatnya ‘P and P’ Rasulullah S.A.W dalam mengawal kelas, sehingga tiada yang tidur atau bermain sesama sendiri. Masing-masing khusyu’ mendengar pengajaran Baginda. Impaknya berada dihadapan kta; ratusan ribu hadith yang diriwayatkan daripada para sahabat ahli kelas Baginda menjadi khazanah paling berharga umat Islam harini.


Sebagai seorang guru, tiadalah teladan yang paling baik melainkan mengikuti sunnah Baginda S.A.W. Ajarlah anak murid kita dengan suara yang jelas. Suara yang jelas tidak semestinya menjerit, memekik dan menempik. Cukuplah suara kita didengari murid belakang kelas kita. Janganlah pula terlalu laju sehingga nampak macam tergopoh-gapah, nanti topik yang asalnya senang jadi susah. Jika ada isi-isi penting yang perlu dipertekankan, ulanglah tiga kali untuk ikut sunnah nabi. Selamat mengajar!

|
This entry was posted on Sabtu, Julai 04, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 comments:

On 4 Julai 2009 pada 7:52 PTG , 1Malaysia Online 2014 berkata...

Salam..

Minta maaf ustaz,saya nak buat sedikit teguran.harap ustzk x kecil hati...

Tentang gambar pada posting ustaz ini,saya rasa ustaz kena tulis gambar tersebut sebagai gambar hiasan semata-mata

 
On 4 Julai 2009 pada 8:11 PTG , Mohd Ikmal Izwan bin Rosli berkata...

Terima kasih..InsyaAllah akan saya betulkan

 
On 3 Mac 2010 pada 1:01 PTG , Sunnah Rasulullah berkata...

Assalamualaikum Ustaz,
Saya rasa gambar kartun pun tak boleh. Harap keluarkan gambar itu.