Sekarang ini adalah musim 'Isra' dan Mikraj'. Masjid, Surau mahupun sekolah berlumba-lumba untuk mengadakan majlis ceramah Isra' dan Mikraj di tempat mereka. Maka sibuklah jadual ustaz-ustaz kita memenuhi jemputan daripada mereka.
Saya pun tidak terkecuali daripada menghadapi situasi ini. Tetapi tahun ini saya terpaksa membataskan jemputan ceramah lantaran tugasan diluar kawasan yang datang secara tiba-tiba. Berat juga hati tatkala terpaksa membatalkan ceramah di saat-saat akhir, namun saya harap mereka memahami kondisi dan situasi yang saya alami.
Walaubagaimanapun tahun ini saya sudah memenuhi beberapa jemputan ceramah Isra' Mikraj samada di surau mahupun di sekolah. Selalunya saya menggunakan LCD player bersama program powerpoint dalam pembentangan saya. Dalam menghurai tajuk Isra' Mikraj, cara ini lebih berkesan kerana ade beberapa slide ataupun gambar yang amat menarik jika audien dapat melihatnya sendiri.
Lazimnya dalam setiap ceramah Isra' Mikraj saya akan paparkan dua gambar ini sebagai 'set induksi' saya.


Soalan cepu emas saya adalah 'Cuba teka yang mana satu Masjid Aqsa?'. Daripada pemerhatian kasar saya mendapati lebih daripada 70% audien meneka gambar masjid berkubah kuning adalah Masjid Al-Aqsa berbanding gambar yang berkubah hijau. Maka agak terkejutlah mereka bila saya katakan bahawa Masjid Aqsa yang sebenar adalah berkubah hijau. Kubah kuning itu adalah Dome of Rock ataupun Kubah As-Sakhra' yang terletak bersebelahan dengan masjid Aqsa seperti gambar di bawah:

Masjid Al-Aqsa merupakan masjid suci umat Islam yang juga menjadi kiblat pertama Umat Islam . Lipatan sejarah menceritkan bahawa Al-Quds sentiasa menjadi rebutan zaman berzaman;ia pernah ditaklum oleh Rom,Islam,Kristian dan Yahudi pada masakini.
Zionis telah menggembar-gemburkan di seluruh dunia samada di dalam akhbar, internet dan televisyen mengelirukan umat Islam tentang wajah sebenar masjid Al-Aqsa ini. Ini adalah 'perang saraf' mereka kepada umat islam supaya mereka tidak 'perasan' masjid Al-Aqsa yang sebenar.Jika sekiranya anda menaip membuat carian masjid Al-Aqsa di yahoo image, google image atau mana-mana pencari image internet,anda akan dapati gambar bangunan berkubah kuning ini akan kelihatan dengan tajuk masjid Al-Aqsa!
Oleh itu, berhati-hatilah selepas ini, jangan lagi terkeliru dengan mana satu al-Aqsa,dan mana satu al-Sakhrah.
3 comments:
ustaz,,. yang dikatakan batu terapung tempat tangga rasullullah bersandar itu ada pada masjid yang mana satu.?
di Kubah As'Sakhra'(kubah kuning)
Ana pun sangkakan kubah kuning tu juga.